terima kasih

tujuan utama menulis blog pada pagi hari ni..
sebab nak cakap terima kasih kat hazrina erin ataupun nama manja nya ialah erin..
erin ni la telah mengedit blog saya menjadi cantik..
tank a lot...ye erin..
walaupun dia edit blog saya masa presentation sedang dilakukan...
hehehehe..
bukan sebab dia yang jahat tak mau dengar orang lain present..
tapi sebab saya yang suruh..
so, saya yang jahat bukan dia ok..
daku mmg x reti menda alah blog nie..
selain itu, saya juga nak ucap kan terima kasih kepada semua yang telah memberi daku support dalam semua benda la...
baik dlm pelajaran ku terutama sekali design..
dulu masa kat matrik semangat bukan main..
bila sekarang, rasanya semangat tue hilang..tak tau pergi kemana...
dan dah tak taw nak jadi apa...
lepas habis present je..
mesti hati sedih..even x tunjuk kat orang pun..
tapi memang sedih..
balik bilik hanya Dia yang tahu apa yang terjadi..
tak taw la..nape..kadang2x rasa macam...
so, kita tulis la kat blog...
by the way...
tank a lot ye erin..
nak tank jugak kat tasya...
mereka yang dari dulu suruh saya buat blog..
so, sekarang dah ada blog..
best juga ada blog...leh melepak depan komputer baca blog orang lain...
hehehehe...

kos pe nie??

hari ni penat sangat tp x kisah lar sebab best...hapy sebentar selepas melihat binatang...
nak discribe penat itu macam mana?
penat sampai satu badan pun dah berbau kambing, lembu, arnab...
serius...betul...
tapi bila kat situ, rasa macam suka sangat tengok binatang tu...
cantik...x tipu..
yang lawaknya siap ada pertandingan lembu paling cantik...
tapi lembu tu mmg cantik..
umur dia baru 34 bulan..berat dia dah 11 tan...berat kan...
start lelong dengan harga 12 ribu...mahal gila...kalau 12 ringgit dah lama dah bawa balik umah buat bantal peluk ke jadikan dia baby doll...boleh ke cam tu...
banyak lagi lar binantang...
ada ayam n kucing jugak...
kucing tue memang cantik..rasa cam nak cabut suma bulu kucing tu..
yang pelik dan ajaibnya...ada kucing tu muka dia macam bull dog...
muka macam terpenyek je.....
kambing pun ada...
ada kambing tue sebesar anak lembu...besar kan..
tapi diorang lelong start dengan harga 2 ribu...
pergi tgk arnab plak...ada arnab tu macam pakai maskara..
nasib baik ibu mengingatkan bahawa tiada orang nak jaga kat umah.....
kalau tak dah nak beli dah anab pakai maskara tu...mata arnab tu cantik sangat....dah la bulu dia putih...
geram plak rasanya....
rusa kat situ memang pemalas...
mana taknya orang hulur makanan pun x nak makan...
bila pergi tempat pokok bunga plak...
ini yang paling saya suka....
tapi tak beli pun...
disebabkan tiada orang mahu jaga...
kalau orang lain suka sangat bunga ros...
saya suka sangat bunga lavender....
murah je plak tue...
satu just rm 15 je...
pastue tetiba terpikat kat bunga 3 bulan...
sangat cantik....
disebabkan ia merupakan program yang tak dirancang..
so, pergi dengan x bawak kamera pown..

disaat orang lain sibuk membuat design...saya pulak sibuk dengan aktiviti bersama family..
ek...saya nie tersilap kos ke???
nie ambek kos architecture ke kos peternakan dan pertanian...
hmm....itu lar cerita pada hari minggu ni...
belum pergi tengok kraftangan lagi...
rasanya kalau pergi tgk pameran kraftangan...
lagi rambang mata kot....
disebabkan design yang tak buat  dan tak start lagi...
so, mengajak family balik...
nasib baik ingat diri 
kalau tak...


LED traffic light

traffic light nie cool...
ia melambangkan traffic light akan datang...
ia menggunakan LED sepenuhnya.
ia x perlu mengira nombor..
ia suatu yang cretive..
suka traffic light macam ni...
harap traffic light seperti ini dapat dilakukan di Malaysia pada masa akan datang...



hati bersedih

ini merupakan post yang kedua dalam blog ni..masih blank tak tahu nak taip apa??
maklumlah saya budak baru belajar...bak kata pepatah...
'saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'..pepatah ke ni macam tak je...watever je lar...
disebabkan dah tak de facebook maka tercipta lar blog walaupun tak berapa nak reti maklum la budak baru belajar(ish ni dah masuk kali kedua perkataan yang sama berulang)...bukan tak mahu activate balik tp belum sampai masa..ni untuk kebaikan diri sendiri...

eh..
terlari topik plak..
tulis blog ni pun sbb hati ni sedih sgt...dah tak de fb. so, blog pula menjadi luahan rasa selain ym...
hati ni rs sedih dan hiba bila hari raya haji ni tak boleh pulang...nak balik macam mana??hari khamis ada kelas design.dah la pagi...kalau rumah dekat, boleh je harung balik..setakat 2 or 3 jam tu boleh tahan la...ni dah sampai berjam-jam macam mana??kalau balik hari ni iaitu hari selasa petang. sampai rumah dah pagi raya..malam raya nak balik sini balik sampai subuh kamis terus pergi kelas..itu namanya boleh penat satu badan disamping lenguh-lenguh sakit pinggang silap hari bulan boleh demam terus..disebabkan lecturer mahu jugak buat kelas hari khamis..so terpaksa la menelefon mak kat rumah mengatakan sbb tidak dapat pulang...(rasa macam dok oversea la plak..mentang-mentang la nama universiti kat depan tu bermula dengan UK..tue sbb pelajar kat sini suma perasan mcm study kat oversea..hehehe)

sedih ooo...
mana tak nye..ayah hari isnin dah sampai sini nak balik sekali pada esok harinya...
dah la tahun ni family buat korban sikit...
suma dah plan tp kalau Dia tak izinkan nak buat macam mana..
kena la terima...
semua sudah ditetapkan...
ada orang cakap'hidup perlukan pengorbanan' ada juga kata 'we must to secrifice somtin to get somtin better'
betulkah???hmm..entahla...4me...sesuatu benda mesti ada hikmahnya...Dia tak akan beri apa yang tak mampu kita tangani...(untuk memujuk diri supaya tak sedih...waaaa T_T)

bila sebut pasal pengorbanan...
teringat kisah nabi ibrahim..korang suma pun mesti tahu kan betapa hebatnya pengorbanan yang dilakukan...
rasanya tak payah lar nak cerita pasal kisah tu kan(kalau nak cerita jugak kita bukak usrah..eh silap..bukak post baru)..kalau tak berapa ingat cepat-cepat lar recall..best taw cerita nie..

so, bila teringat pasal cerita nie...
baik kita kongsi pasal hari raya aidiladha or hari raya haji,
hmm...raya mesti lar best...mana ada raya tak best..betul x??
hari raya haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia...wow..seluruh dunia tu..hebatnya..ini kerana ia disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban..
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Apa yang istimewanya..
Ia istimewa la sebab hari raya haji ni jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Islam. pada 10 Zulhijjah merupakan tarikh dimana nabi adam dan isterinya hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah.

rasanya sampai sini je la..
saje je nak kongsi-kongsi...
kalau ada silap dan salah semua datang dari diri saya....
tolong la betulkan ye..maklum la saya tak cukup sempurna dan baik...
sbb kita tak akan tahu dan tak nampak apa yang salah, selagi orang lain tak bagitahu kesalahan kita...
macam semua orang penah dengar..kawan kita ialah cermin bagi diri kita..(ye k semua orang pernah dengar?macam dah terperasan kat sini plak)
sowi la kalau ada silap da salah....hehehehe ^_^

macam mana la rupa diri ni kalau dah sampai hari raya nanti...harap-harap tak meraung la bila dengar Takbir..

ohhh..

the first tyme wat blog setelah sekian lama mau buat blog....
disebabkan semalam kata mau buat blog kalau dah abes wat board...
maka terciptalah blog nie ..
juz nak try try buat blog macam mana......







































nie lar projek yang dibuat dengan cepat dan lintang pukang.