hati bersedih

ini merupakan post yang kedua dalam blog ni..masih blank tak tahu nak taip apa??
maklumlah saya budak baru belajar...bak kata pepatah...
'saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'..pepatah ke ni macam tak je...watever je lar...
disebabkan dah tak de facebook maka tercipta lar blog walaupun tak berapa nak reti maklum la budak baru belajar(ish ni dah masuk kali kedua perkataan yang sama berulang)...bukan tak mahu activate balik tp belum sampai masa..ni untuk kebaikan diri sendiri...

eh..
terlari topik plak..
tulis blog ni pun sbb hati ni sedih sgt...dah tak de fb. so, blog pula menjadi luahan rasa selain ym...
hati ni rs sedih dan hiba bila hari raya haji ni tak boleh pulang...nak balik macam mana??hari khamis ada kelas design.dah la pagi...kalau rumah dekat, boleh je harung balik..setakat 2 or 3 jam tu boleh tahan la...ni dah sampai berjam-jam macam mana??kalau balik hari ni iaitu hari selasa petang. sampai rumah dah pagi raya..malam raya nak balik sini balik sampai subuh kamis terus pergi kelas..itu namanya boleh penat satu badan disamping lenguh-lenguh sakit pinggang silap hari bulan boleh demam terus..disebabkan lecturer mahu jugak buat kelas hari khamis..so terpaksa la menelefon mak kat rumah mengatakan sbb tidak dapat pulang...(rasa macam dok oversea la plak..mentang-mentang la nama universiti kat depan tu bermula dengan UK..tue sbb pelajar kat sini suma perasan mcm study kat oversea..hehehe)

sedih ooo...
mana tak nye..ayah hari isnin dah sampai sini nak balik sekali pada esok harinya...
dah la tahun ni family buat korban sikit...
suma dah plan tp kalau Dia tak izinkan nak buat macam mana..
kena la terima...
semua sudah ditetapkan...
ada orang cakap'hidup perlukan pengorbanan' ada juga kata 'we must to secrifice somtin to get somtin better'
betulkah???hmm..entahla...4me...sesuatu benda mesti ada hikmahnya...Dia tak akan beri apa yang tak mampu kita tangani...(untuk memujuk diri supaya tak sedih...waaaa T_T)

bila sebut pasal pengorbanan...
teringat kisah nabi ibrahim..korang suma pun mesti tahu kan betapa hebatnya pengorbanan yang dilakukan...
rasanya tak payah lar nak cerita pasal kisah tu kan(kalau nak cerita jugak kita bukak usrah..eh silap..bukak post baru)..kalau tak berapa ingat cepat-cepat lar recall..best taw cerita nie..

so, bila teringat pasal cerita nie...
baik kita kongsi pasal hari raya aidiladha or hari raya haji,
hmm...raya mesti lar best...mana ada raya tak best..betul x??
hari raya haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia...wow..seluruh dunia tu..hebatnya..ini kerana ia disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban..
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Apa yang istimewanya..
Ia istimewa la sebab hari raya haji ni jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Islam. pada 10 Zulhijjah merupakan tarikh dimana nabi adam dan isterinya hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah.

rasanya sampai sini je la..
saje je nak kongsi-kongsi...
kalau ada silap dan salah semua datang dari diri saya....
tolong la betulkan ye..maklum la saya tak cukup sempurna dan baik...
sbb kita tak akan tahu dan tak nampak apa yang salah, selagi orang lain tak bagitahu kesalahan kita...
macam semua orang penah dengar..kawan kita ialah cermin bagi diri kita..(ye k semua orang pernah dengar?macam dah terperasan kat sini plak)
sowi la kalau ada silap da salah....hehehehe ^_^

macam mana la rupa diri ni kalau dah sampai hari raya nanti...harap-harap tak meraung la bila dengar Takbir..

2 comments:

MiesSha said...

slamat hari rayer putriii.....dtg la sni..hehehe...wni dah folow blog putri ok..^^

budak baru belajar said...

tank q..
x balik raya..
huhuhu..
camne nak datang..
sedih nie..kn dok ukm..

Post a Comment